Nasi Ayam Penyet Paling Sedap





Image result for nasi ayam penyet

Bahan-bahan:

Perapan Ayam:

1 ekor ayam (ayam dipotong ikut kesesuaian biasanya dipotong 4 atau 8 dan cuci ayam bersih-bersih)

Ayam kemudian direbus hingga empuk, ita tambahkan kiub ketika merebus ayam. bila dah empuk angkat dan toskan.

Bahan Perapan:

1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
3 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
1 cm halia
1 biji telur (tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup)
1/2 sudu besar serbuk lada putih 
1/2 cawan tepung beras (tambahan untuk ayam berkeriuk rangup)
sedikit air untuk mengisar
minyak untuk menggoreng

Bahan Sup Ayam:

1 inci halia -  dihiris
1 batang serai - dititik
1 bungkus sup bunjut
baki air rebusan ayam
daun bawang dan daun sup - dihiris
bawang goreng - untuk hiasan

Bahan Nasi Ayam:

3 cawan beras - cuci bersih dan toskan airnya
6 cawan air rebusan ayam
4 biji pelaga
3 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
1 helai daun pandan simpul
2 kuntum bunga lawang
sedikit garam
sedikit butter

Bahan Sambal Penyet:

10 tangkai cili padi
10 biji bawang merah - belah 4
10 biji tangkai cili merah
5 biji tomato - belah 4
5 cm belacan bakar
3 sudu besar gula merah
3 biji bawang putih- dihiris
2 sudu makan ikan hilis
limau kasturi atau limau nipis
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

1) Membuat Ayam Penyet

1) pertama, goreng jintan putih, jintan manis dan ketumbar di dalam kuali tanpa minyak sampai harum. kemudian masukan bahan yang disangai tadi bersama serbuk lada putih, halia, garam ,bawang putih, serbuk kari, dan serbuk kunyit.


2) tambahkan sedikit air dan kisar sampai halus. bila dah halus, lumurkan pada ayam yang dah kita rebus tadi. (bila anda ingin rasa yang lebih sedap perap ayam semalaman sebelum digoreng dan bagi anda yang nak cepat 2 hinga 3 jam pun boleh).

3) baki perapan ayam atau tauhu dan tempe itu kemudian anda campurkan dengan telur dan tepung beras. dan jika kurang masim anda boleh menambahkan sedikit garam dan kacau rata.

Resepi Nasi Ayam Penyet

4) celupkan ayam dalam campuran tadi dan goreng ayam sampai kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknya. bila anda tak suka dengan ayam yang dicelup tepung anda boleh menggoreng ayam yang diperap tadi.

nasi ayam penyet

2) Cara Membuat Sup Ayam

sup ayam penyet

1) baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat sup dan separuh lagi kita buat untuk menanak nasi dan panaskan semual atas dapur, kemudian tambahkan halia, serai, dan sup bunjut dan masak hingga mendidih

2) selepas tu perasakan dengan garam dan taburkan daun bawang dan daun sup (anda boleh taburkan daun bawang bila suka)

3) Cara Membuat Nasi Ayam

nasi ayam penyet

1) pertama panaskan butter, selepas tu tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih, dan pandan hingga harum. masukan beras dan masak sebentar kurang lebih 5 minit.

2) masukan air rebusan ayam, perasakan dengan garam dan masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna.

4) Cara Membuat Sambal Penyet

sambal penyet

1) pertama, panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis hingga garing. angkat dan ketepikan. dengan minyak yang sama goreng bawang merah, tomato, cili merah, dan cili padi hingga layur.

2) tunggu bahan ini hingga sejuk sikit, kemudian masukan bahan yang digoreng tadi dan ikan bilis ke dalam mesen kisar. kisarkan sekali belacan bakar.

3) baki minyak kita menggoreng tadi panaskan lagi dan tumiskan semua bahan kisar tadi sampai harum.

4) terakhir, perasakan dengan sedikit garam dan gula merah. angka dan hidangkan. bila nak makan perahkan limau.

Bon Appetite!






loading...





loading...

0 Response to "Nasi Ayam Penyet Paling Sedap"

Post a Comment

loading...
loading...