Coklat Brownies







Coklat brownies merupakan satu hidangan pencuci mulut yang amat menyelerakan. Siapa yang tidak suka coklat? Pastinya pencinta coklat akan tergila-gila akan pencuci mulut ini. Cara pembuatannya tidak lah sesusah yang disangka. Nak belajar? Jom baca.

Bahan-Bahan yang Diperlukan:

400 gm cooking chocolate / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko 
Cara Penyediaan:

1. Cooking chocolate atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih sedap!



2. Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.


3. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

4. Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.


5. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.


6. Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.


7. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inci yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.


8. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit


9. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati. Senang kan? Selamat menjamu selera :) 




loading...





loading...

0 Response to "Coklat Brownies "

Post a Comment

loading...
loading...