Puding Karamel





Image result for puding karamel

Bahan-bahan yang diperlukan:

Lapisan gula karamel:

60 gram gula
1 sudu besar air

Puding Telur:

4 biji telur saiz A
500 gram susu segar @ susu dalam kotak (jangan guna susu tepung)
70 gram gula
sedikit esen vanila (jika tak nak hanyir)

Cara-cara:

1) Masukkan gula dalam loyang pembakar 6 inci. Letak atas api kecil atas dapur. Ada orang letak air untuk larutkan dulu gula dan kemudian biarkan sampai ia bertukar warna perang. Tetapi ada juga orang tak letak pon air satu sudu tu. Mana-mana pon boleh. Tapi kena kacau selalu supaya tak hangit. Kita nak warna perang sikit-sikit sudah. Kalau pekat sangat @ hangus sangat, nanti pahit jadinya puding ni.

2) Bila gula dah cair dan mula bertukar warna perang, gerakkan loyang supaya karamel rata se setiap sudut loyang.

3) Sejukkan lapisan gula ini. Ia akan bertukar menjadi keras kejung. So biarkan sementara kita sediakan bahan pudingnya.

4) Untuk lapisan puding telur, campurkan je semua bahan dan pukul rata. Tak perlu sampai kembang sebab kita taknak angin dalam adunan pon.

5) Kemudian tapisan supaya puding yang kite perolehi licin.

6) Masukkan dalam loyang 6 inci.

7) Kukus selama 45 minit atau 1 jam @ gunakan kaedah bain-marie @ water bath dalam oven (loyang puding, tenggelamkan dalam loyang lebih besar berisi air, bakar 170 C api atas bawah) [Saya dapati ramai yang kukus jadi lubang-lubang pudingnya. So mungkin suhu terlalu tinggi jika kukus. Sangat-sangat disarankan untuk bain-marie @ water bath] 

8) Sejukkan dekat suhu luar dahulu sebelum masukkan dalam peti ais.

9) Selepas sejuk dalam peti ais, barulah terbalikkan ke atas pinggan. Maka jadilah karamel perang tu di sebelah atas.

10) Bon appetite!


loading...





loading...

0 Response to "Puding Karamel"

Post a Comment

loading...
loading...