Tart Telur Kastard







Selain tart nenas, tart telur juga sangat digilai ramai kerana lapisan luarnya yang rangup dan lapisan tengah yang gebu, lembut dan halus yang menyebabkan ramai tergoda dengan rasanya yang lazat dan sedap. Nampak rumit cara pembuatannya tetapi pada hakikatnya ianya amat mudah sekali. Jom baca!

Bahan-Bahan:

- 2 Biji Telur (Gred A)
- 1 Cawan Susu
- 5 Sudu Besar Gula (Membukit)
- 2 Sudu Besar Tepung Kastard
- 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla

Cara Penyediaan:

1. Bancuh semua bahan sehingga sebati dan ketepikan.
2. Ambil kulit tart yang belum dibakar dan tuang adunan telur kastard didalamnya.
3. Bakar pada suhu 180 celcius selama 20-25 minit.
[atau] mini tart telur sedap rangup
2. Ambil kulit tart separa masak, dan tuang adunan telur kastard didalamnya.
3. Bakar pada suhu 180 celcius selama 10-15 minit.
mini tart telur sedap rangup. Selamat menjamu selera! 


loading...





loading...

0 Response to "Tart Telur Kastard"

Post a Comment

loading...
loading...